Sinopsis Kanang Anak Langkau The Iban Warrior 2017

Sinopsis Kanang Anak Langkau The Iban Warrior 2017 | Sebuah filem yang menunjukkan seorang pahlawan dari kaum Iban merangkap anggota Tentera Darat Malaysia pada tahun 1970-an bertajuk Kanang Anak Langkau The Iban Warrior dilakonkan oleh beberapa pelakon hebat di Malaysia iaitu Langgi Anak Kanang, Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Jay Izwazir dan ramai lagi. Filem ini telah diarahkan oleh Bade Haji Azmi dan diterbitkan oleh Tangan Seni Sdn Bhd. Sinopsis Kanang Anak Langkau The Iban Warrior Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Sinopsis Kanang Anak Langkau The Iban Warrior 2017 yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini khususnya para peminat filem Melayu.

Sinopsis Kanang Anak Langkau The Iban Warrior

Kanang Anak Langkau The Iban Warrior 2017 mengisahkan tentang seorang lelaki dari kaum Iban yang tinggal di kawasan ulu pedalaman Sarawak. Sebagaimana kepercayaan kaum Iban yang mahukan anak-anaknya dibesarkan menjadi pahlawan, dia diajar oleh datuknya mengenai selok-belok hutan. Kanang menjadi penjejak hutan dan pemburu yang hebat sehingga boleh membaca angin, mendengar degupan jantung pokok dan mendengar nafas harimau. Pemberontakan komunis di Tanah Melayu dan Sarawak telah mencapai kemuncak pada tahun 1965. Tentera British yang mengetahui tentang kehebatan dan kepakaran Kanang cuba menarik minatnya untuk berkhidmat dan membantu melawan pengganas Komunis. Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila dia menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker sehingga dia dinaikkan pangkat kepada Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang bersama anak buahnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara bermula tahun 1948 sehingga 1983. Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Ketika pertempuran yang terjadi di Tanah Hitam, Kanang mengalami cedera parah kerana ditembak tetapi dia terus gagah berjuang sehingga berjaya menewaskan militan Komunis.
Mahu tahu apa yang akan berlaku seterusnya? Jangan lupa untuk menyaksikan filem yang bertajuk Kanang Anak Langkau The Iban Warrior di panggung wayang yang berdekatan dengan rumah anda mulai 16 Mac 2017. Pada kesempatan ini, admin menyarankan anda tidak download atau memuat turun secara haram di internet kerana tindakan itu boleh membunuh industri seni hiburan tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *