Sinopsis J Revolusi 2017

Sinopsis J Revolusi 2017 | Filem bergenre aksi yang memaparkan kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bertajuk J Revolusi dibarisi oleh beberapa pelakon terkenal tanah air antaranya Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem ini telah diarahkan oleh pengarah terkenal masakini iaitu Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Infinitus Productions & Grand Brilliance. Sinopsis J Revolusi 2017 Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Sinopsis J Revolusi 2017 yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini khususnya para peminat filem Melayu.

Sinopsis J Revolusi 2017

J Revolusi mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Jay Zulkarnain merangkap ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukan yang dipimpin olehnya sangat ditakuti oleh para penjenayah kerana kepakaran yang ada pada mereka apabila berhadapan dengan pihak musuh. Konflik bermula apabila adik perempuan Jay iaitu Dian merangkap ejen telah ditangkap oleh pengganas misteri. Ketika mahu menyelamatkan adiknya, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Dari situlah munculnya bermacam-macam insiden dan konflik yang menghantuinya.
Ingin tahu apa yang akan berlaku selanjutnya? Jangan lupa untuk menyaksikan filem yang bertajuk J Revolusi di panggung wayang yang berhampiran dengan rumah anda mulai 2 Mac 2017. Sebelum mengundur diri, admin menyarankan anda tidak download atau memuat turun secara haram di internet kerana tindakan itu boleh membunuh industri seni hiburan tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *