Sinopsis Cik Serba Tahu Astro

Sinopsis Cik Serba Tahu Astro | Sebuah drama yang bakal menggantikan Dia Bidadariku bertajuk Cik Serba Tahu dilakonkan oleh beberapa pelakon popular tanah air antaranya Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Nadia Brian dan ramai lagi. Drama bersiri ini telah diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Sinopsis Cik Serba Tahu Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Sinopsis Cik Serba Tahu Astro yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.

Sinopsis Cik Serba Tahu

Cik Serba Tahu mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Carl Adham yang mencuba berbagai-bagai usaha untuk menawan hati Aerna tettapi semua usahanya menemui jalan buntu. Apa taknya, mereka baru sahaja bertemu dan lelaki itu mengajaknya untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya membina rumahtangga.

Semua orang di pejabat memanggil Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana kesemua perkara dia boleh tahu. Ironinya, semua hal yang diagak pastinya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Kerana sifat serba tahunya itu, ayahnya bimbang sekiranya anaknya itu terlupa akan dirinya sendiri. Ayah Aerna bertekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan mana-mana lelaki yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta.

Jangan lupa untuk menonton drama yang berjudul Cik Serba Tahu yang akan ke udara mulai jam 10 malam yang bertarikh 27 Mac 2017 setiap hari Isnin hingga Khamis hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *