Sinopsis BoBoiBoy Galaxy TV3

Sinopsis BoBoiBoy Galaxy TV3 | Siri animasi yang popular masakini berjudul Boboiboy kini kembali lagi dengan musim terbaru, BoBoiBoy Galaxy. Dengan terbitnya musim terbaru ini, siri animasi BoBoiBoy ini bakal menyajikan pelbagai kejutan terutamanya pada penampilan hero cilik yang dilihat lebih matang jika mahu dibandingkan dengan musim sebelumnya. Sinopsis BoBoiBoy Galaxy Siri animasi menggunakan suara daripada Nurfathiah Diaz (BoBoiboy), Dzubir Mohammed Zakaria (Gopal), Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Yaya), Yap Ee Jean (Ying), Wong Wai Kay (Fang), Muhammad Abdur Rahman Solahuddin (Ochobot), Anas Abdul Aziz (Tok Aba), Nizam Razak (Papa Zola), Anas Abdul Aziz (Ciciko), Mohd Ariff Abd Rahman (Motobot), Anas Abdul Aziz (Adudu), Anas Abdul Aziz (Probe) dan Sharifah Sarah Syed Idros (Computer Adudu). Animasi ini telah diarahkan oleh pengarah terkenal masakini iaitu Nizam Razak dan diterbitkan oleh Animonsta Studios Sdn Bhd. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita terjah Sinopsis BoBoiBoy Galaxy TV3 yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.

Sinopsis BoBoiBoy Galaxy

Sekuel baru ini akan memaparkan lebih banyak aksi pengembaraan BoBoiBoy bersama kawan-kawannya iaitu Gopal, Yaya, Ying dan Fang menghadapi penjalanan yang lebih mencabar. BoBoiBoy Galaxy mengisahkan tentang Boboiboy dan rakan-rakannya yang mengembara dari satu planet ke planet yang lain di sekitar galaksi untuk mencari Sfera Kuasa yang bertebaran di alam semesta.
Jangan lupa untuk menonton siri animasi kegemaran orang ramai yang berjudul BoBoiBoy Galaxy ini yang akan bersiaran mulai 25 November 2016 hanya di TV3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *