Resepi Biskut Suji Mudah Dan Sedap

Resepi Biskut Suji Mudah Dan Sedap | Tidak dapat disangkal lagi, biskut suji merupakan salah satu biskut raya yang kini semakin popular dalam kalangan anak muda pada zaman serba moden ini. Bagi admin, biskut suji ternyata sejenis kuih yang amat sedap, rangup dan cair sebaik sahaja anda menyuapnya ke dalam mulut. Resepi Biskut Suji Tanpa membuang lagi, apa kata kita terjah Resepi Biskut Suji Mudah Dan Sedap yang telah dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Resepi Biskut Suji

Di bawah ini, penulis kongsikan resepi ringkas untuk membuat biskut suji seperti :

Bahan-Bahan Untuk Membuat Biskut Suji

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti :
  • 250 gram minyak sapi
  • 150 gm gula aising
  • 150 gram tepung suji
  • 300 gram tepung gandum
  • 30 gram susu tepung
  • Garam
  • Ceri Merah
  • Cawan kertas

Cara Membuat Biskut Suji

  • Ayak gula aising bersama-sama dengan tepung sebelum digunakan untuk mendapatkan tekstur yang halus dan tak berketul-ketul.
  • Sekiranya doh hancur, anda haruslah menambah sedikit minyak sapi.
  • Jika doh tu melekit, anda haruslah menambah sedikit tepung gandum.
  • Sekiranya anda mahukan biskut suji ini rasa lebih manis, jangan lupa untuk menambah sedikit gula.
  • Untuk pengetahuan anda, sebenarnya suhu di dalam oven berbeza mengikut jenama. Anda boleh cuba bakar beberapa keping biskut suji. Jika percubaan anda itu berada dalam keadaan baik, anda boleh mula membakar kesemuanya.
  • Elakkan daripada menggunakan¬†tray yang terdapat dalam oven namun gunakan talam aluminium atau tudung periuk. Tray oven kerap menjadikan kuih lebih cepat hangus.
Pada kesempatan ini, admin berharap dengan terbitnya entri yang berjudul Resepi Biskut Suji Mudah Dan Sedap dapat memberi banyak informasi yang berguna kepada semua pembaca sekalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *