10 Perkara Tentang Wanita Yang Lelaki Akan Lupa

10 Perkara Tentang Wanita Yang Lelaki Akan Lupa | Pastinya semua wanita yang wujud di dunia ini menganggap si dia akan perasan dengan setiap perubahan yang mereka lakukan. Akan tetapi, tahukah anda banyak perkara yang lelaki akan lupa mengenai wanita meskipun hal itu baru sahaja terjadi beberapa minit sebelum itu.

Perkara Tentang Wanita Yang Lelaki Akan Lupa

Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah 10 Perkara Tentang Wanita Yang Lelaki Akan Lupa yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.

Perkara Tentang Wanita Yang Lelaki Akan Lupa

  • Dompet Baru

Boleh dikatakan semua lelaki akan melihat dompet itu hanyalah sekadar dompet yang boleh menyimpan wang dan kad nama yang diterima. Sekiranya anda mengharapkan si dia untuk memuji dompet yang anda baru beli, tolong jangan bermimpi perkara itu akan terjadi.

  • Solekan

Ada kemungkinan wanita tak akan percaya yang lelaki tidak terlalu menitik beratkan atau perasan sama ada anda telah bersolek ataupun tidak. Akan tetapi, ramai kaum Adam ini akan marah sekiranya solekan yang anda lakukan terlau tebal atau kelihatan buruk.

  • Kasut Baru

Walaupun ia seperti kedengaran Pelik, namun inilah fakta yang lelaki tak akan pernah melihat sama ada kasut yang anda pakai itu baru atau lama.

  • Pemerah Pipi

Sekiranya si dia seorang yang metroseksual atau gemar bersolek, pasti mereka dapat membezakan pemerah pipi yang anda gunakan.

  • Gaya Rambut

Kebiasaanya lelaki tidak terlalu perasan dengan jenis gaya rambut yang anda baru pilih. Jadi, jangan mudah meroyan sekiranya si dia tidak perasan atau marah dengan potongan rambut baru anda.

  • Cermin Mata

Untuk makluman anda, boleh dikatakan semua lelaki menganggap semua cermin mata yang ada di pasaran sama sahaja.

  • Lipstik Baru

Selalunya wanita akan mengambil lebih banyak masa untuk memilih warna gincu untuk digunakan pada bibir. Namun, lelaki hanya mengandaikan gincu mempunyai satu warna sahaja iaitu merah.

  • Seluar Baru

Kebanyakan lelaki mengandaikan seluar lelaki dan wanita adalah sama sahaja. Itulah ungkapan bagi kebanyakan lelaki apabila bercakap mengenai seluar.

  • Mesej Whatsapp

Kepada semua wanita, anda jangan mudah rasa terkejut apabila para lelaki sudah tidak ingat apa mesej whatsapp yang dihantarnya hanya satu jam yang lepas. Ini terjadi kerana lelaki menjadikan aktiviti memakan semut sebagai rutin harian.

Di kesempatan ini, admin berharap dengan terbitnya entri yang berjudul 10 Perkara Tentang Wanita Yang Lelaki Akan Lupa dapat memberi banyak informasi mengenai lelaki kepada semua pembaca sekalian.

Comments

  1. zik:

    kena rujuk balik mesej whattsap tuh..kadang2 lelaki nih memang ada lupa sikit.. hehe

    Reply

  2. el:

    kena print bagi kat en. shumi hehe

    Reply

  3. Mummydearie:

    Hahaha! Lelaki suka makan semut habitnya ya, padanlah cepat jadi pelupa!

    Akak rasa tak hairan dah bila lelaki cepat lupa. Bukan setakat 10 ni aje, ada banyak lagi yang mereka lupakan atau pura-pura lupa!

    Bila dah kahwin, adakalanya hari-hari penting pun mereka lupa. Kalau ditanya mulalah cari alasan saja nak tengok samada kita perasan ke tidak dia ‘pura-pura’ lupa!

    Punyalahkan!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *