5 Jenis Orang Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan

5 Jenis Orang Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan | Semua manusia yang dilahirkan ke muka bumi ini pastinya memerlukan seseorang yang boleh bersama sewaktu kita sedang berada dalam gembira ataupun dilanda kesedihan.

Jenis Orang Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan

Namun, kita perlulah pandai memilih kawan supaya tidak terjebak di dalam masalah sosial yang semakin teruk sejak kebelakangan ini.

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah 5 Jenis Orang Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.

Jenis Orang Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan

Di bawah, penulis kongsikan beberapa jenis individu yang tak layak dijadikan kawan seperti berikut :

  • Suka Tikam Belakang

Berkawan dengan orang yang suka tikam dari belakang ini amatlah bahaya kerana dia sanggup mendedahkan keburukan kepada orang lain atau menjatuhkan anda. Tak cukup dengan itu, dia juga tidak takut untuk melakukan bermacam-macam perkara yang buruk kepada anda.

  • Kuat Berkira

Penulis sarankan anda elakkan daripada berkawan dengan kawan yang suka berkira ini kerana anda mungkin tidak akan selesa bersamanya dalam satu tempoh yang lama. Lebih buruk lagi, apabila terjadi pertengkaran atau pergaduhan di antara korang, dia akan mengungkit apa sahaja pemberian yang telah ditaburnya kepada anda.

  • Biskut Chipsmore

Kawan seperti ini bukanlah teman sejati kerana dia hanya akan memunculkan diri sewaktu anda sedang gembira namun menghilangkan diri apabila anda sedang dilanda pelbagai masalah.

  • Kaki Komen

Anda perlu berhati-hati dengan kawan seperti ini kerana dia akan mengatakan sesuatu yang buruk di belakang anda tentang hal-hal yang negatif jika mahu dibandingkan positif.

  • Pengadu Masalah

Kawan jenis ini hanya akan mencari anda sewaktu dia sedang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Apabila dia sudah senang, anda akan dilupakan olehnya.

Pada kesempatan ini, admin berharap dengan terbitnya entri yang berjudul 5 Jenis Orang Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan dapat memberi banyak informasi yang berguna kepada semua pembaca sekalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *