9 Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Demam

9 Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Demam | Selain daripada minum air putih dengan banyak dan rehat yang secukupnya, ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu kita dalam melawan demam dan selsema akibat keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Demam Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita terjah 9 Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Demam yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.

Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Demam

Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh menyembuhkan demam seperti berikut :
  • Bawang Putih
Bawang putih boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi. Untuk mendapat hasil yang optimum, anda perlu memakannya dalam keadaan mentah. Caranya, ketuk beberapa ulas bawang putih, rendam di dalam segelas air selama beberapa jam dan jangan lupa unutk meminum airnya.
  • Kunyit
Kunyit sangat berkesan dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Jika kunyit ditambahkan kunyit ke dalam makanan, ia dapat melegakan selesema yang dialami oleh anda. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menambah sedikit kunyit dengan susu panas.
  • Halia
Jika anda demam, cuba praktikkan minum air limau yang dicampurkan dengan halia. Caranya adalah campur sedikit halia dan beberapa sudu jus limau ke dalam segelas air panas.
  • Madu
Madu mengandungi anti bakteria dan antivirus yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria selain daripada penawar sakit tekak. Caranya adalah campurkan segelas air dengan madu. Anda juga boleh menambahkan madu ke dalam air teh atau air limau.
  • Ikan
Pengambilan beberapa jenis ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan kembung, tuna dan salmon dapat membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Seseorang lebih mudah dijangkiti selsema jika mempunyai keradangan yang kronik.
  • Tiram
Untuk makluman anda, tiram mengandungi kandungan zink dan mineral yang sangat penting untuk membantu mengurangkan jangkitan selsema.
  • Bunga Lawang
Bunga lawang boleh membantu jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada. Ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan dapat membantu merawat dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Anda hanya perlu letakkan bunga lawang, gula, bawang putih dan kayu manis ke dalam air panas. Jangan lupa untuk meminum airnya.
  • Blueberry
Blueberry mempunyai kandungan anti oksidan yang paling tinggi jika mahu dibandingkan dengan buah-buahan segar yang lain. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam meningkatkan imuniti badan dalam menentang demam dan selesema.
  • Sayuran Hijau
Sayuran hijau amat berkhasiat dan sangat sesuai diambil ketika sedang demam atau selsema. Pada kesempatan ini, admin berharap dengan terbitnya entri yang berjudul 9 Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Demam dapat memberi banyak informasi yang berguna kepada semua pembaca sekalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *