54 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

54 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu | Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah seorang wanita yang sejuk dipandang dan mempersona. Ramai wanita yang merasakan diri mereka sudah benar-benar mengenali lelaki yang berada di samping mereka. Namun, tanpa disedari wujud banyak lagi perangai lelaki yang belum diketahui. Fakta Tentang Lelaki Lelaki dan fakta berwajah cantik bukan tiket untuk memenangi hati lelaki. Apa yang sebenarnya lelaki mahukan daripada seorang wanita. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita terjah 54 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu yang dikongsikan oleh myfakta di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini khususnya para wanita.

Fakta Tentang Lelaki

  • Nak awek cantik tetapi mahukan isteri bersifat keibuan
Kebiasaanya kita mengetahui lelaki menyukai perempuan yang cantik dan berdahi licin tetapi perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki untuk dijadikan isterinya. Lelaki lebih mudah terpikat dengan personaliti dan ketrampilan seseorang wanita itu. Cantik luaran sahaja tidak cukup tetapi cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.
  • Jarang telefon bukan bermaksud tidak sayang
Sewaktu si dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia seolah-olah melupai anda dan sering dilihat menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Bercakap melalui handphone sudah jarang dah tak macam dulu lagi. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya, ini kerana mereka sudah selesa dengan anda. Sayang tak semestinya perlu tunjuk.
  • Lelaki Suka Tanya Soalan Yang Sama.
"Awak tengah buat apa tu?", "Dah makan ke" dan "Awak Kat Mana?". Hari-hari soalan yang sama rasa pelik kan? Itu antara soalan yang sering ditanya lelaki sewaktu mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Apabila sudah bergelar suami isteri yang sah, bercakap selama 30 saat pun sudah dikira lama.
  • Walaupun fokus dengan kerja, lelaki sentiasa ingat pada kekasih atau isteri
Walau sesibuk mana pun mereka dengan pekerjaan sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum melelapkan mata pasti mereka memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika isteri sekalipun, walaupun baring disebelah berkongsi bantal, lelaki akan tetap memikirkan tentangh insan tersayang.
  • Utamakan Orang Tersayang Lebih Pada Dirinya
Apabila seorang lelaki sudah menyayangi seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua tindakan dan kisah silam yang pernah wujud pada diri wanita itu. Orang kata bila hati sudah buta, semua dia percaya. Jika sudah berkeluarga, isteri dan anak-anak jadi keutamaannya. Diri sendiri tidak penting asalkan keluarga mereka 'happy' sudah cukup baginya.
  • Mudah Cair Dengan Senyuman Wanita
Walaupun ramai perempuan cantik yang melemparkan senyuman padanya, hati seorang lelaki akan mudah tergoda dan tidak senang duduk. Ia mungkin petanda boleh menjadi dua perkara bermain dalam pemikiran lelaki, "Hensem sangat ke aku hari ni?" atau "Eh, aku zip tak seluar hari ni?".
  • Nombor Telefon Perempuan tapi 'save' nama lelaki
Teknik ni kalau lelaki curang memang biasa mereka akan mengaburi pasangan biasa kita tahu. Dah tentu pasangan susah nak 'detect' samaada teman lelaki atau suami nya curang bukan?. Tapi engat banyak sudah kantoi guna cara ni. Bak kata pepatah, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua jatuhnya".
  • Jangan ungkit kisah silam
Bab ni paling penting lelaki memang tidak suka apabila wanita mengungkit kisah dirinya ataupun wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. Ini buatkan mereka rasa tercabar.
  • Permainkan cinta
Lelaki boleh mencintai seseorang wanita untuk jangka masa yang seketika sahaja dan mampu melupakan pasangan yang dicintai itu tanpa punyai rasa apa-apa. Sebaliknya, wanita sukar untuk jatuh cinta. Tapi jika sudah jatuh cinta, terbit rasa sayang. Perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik kan?
  • Berani? Masuk meminang!
Jika seorang lelaki itu sudah bersedih untuk berjumpa dengan ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka betul-betul serius. Lelaki yang hanya mainkan perasaan wanita tidak akan pergi sejauh ini. Mereka hanya ingin ambil kesempatan sahaja. Wanita perlu tahu apabila lelaki menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tanguh lagi. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk menjadikan anda sebagai isterinya. Mencari yang sempurna memang mustahil memang tiada yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan seseorang. Hati ikhlas, berpisah tiada. Maka inilah dia kesempurnaan dalam erti kata sebenar. Banyak lagi 54 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu. Walau apa pun yang berlaku, terimalah pasangan anda dengan seadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *