Black Hole, Misteri Alam Semesta Yang Belum Terjawab

Black Hole, Misteri Alam Semesta Yang Belum Terjawab | Matahari yang menyinari bumi ini pada siang hari merupakan satu batuan bintang dalam keluasan alam semesta yang tiada penghujung. Seperti yang semua orang tahu, segala makhluk ciptaan Allah s.w.t. akan mempunyai pengakhiran melainkan Allah yang akan kekal abadi. Black Hole, Misteri Alam Semesta Yang Belum Terjawab Matahari yang menjadi sumber tenaga utama kepada bumi ini pastinya akan ada pengakhirannya pada suatu hari nanti. Fenomena tersebut dinamakan sebagai Kematian Bintang. Lohong hitam atau black hole merupakan peringkat suatu jasad yang terbentu selepas kematian bintang.

Black Hole, Misteri Alam Semesta Yang Belum Terjawab

Apa itu black hole? Black hole atau lohong hitam merupakan satu jasad yang wujud di alam semesta yang mempunyai kekuatan tarikan graviti yang sangat kuat sehingga gelombang elektromagnetik seperti cahaya atau apa sahaja tidak dapat melepasi kekuatan tarikan daripada dalamnya. Pada tahun 1915, Albert Enstein telah menghasilkan Teori Relativiti Umum yang menerangkan mengenai kekuatan tarikan graviti pada masa kini. Menurut teori tersebut, Enstein menerangkan bahawa semasa kematian bintang, pembentukan jasad yang sangat padat dapat merubah ruang masa lalu menyebabkan pembentukan Black Hole atau Lohong Hitam. Di dalam lohong hitam, terdapat suatu sempadan, yang dinamakan sebagai Event Horizon atau Ufuk Acara tidak ada suatu jasad seperti cahaya atau gelombang eletromagnetik lain dapat melepasi sempadan itu. Dalam erti kata lain, sempadan itu dinamakan juga sebagai Point Of No Return atau tempat tidak boleh berpatah balik lagi. Secara semulajadi, Black Hole atau Lohong Hitam dicadangkan terbentuk akibat daripada proses kematian bintang. Pembentukan ini berlaku akibat keruntuhan konsep graviti dimana tekanan dalaman sesuatu bahan tidak dapat lagi menahan kekuatan tarikan graviti bahan itu sendiri. Hal ini secara amnya berlaku kepada proses kematian bintang kerana bintang mempunyai sedikit kekuatan untuk menahan suhunya yang tinggi semasa kematian. Untuk lebih mudah difahami, semasa kematian bintang, suhu yang tinggi pada bintang itu sendiri tidak mampu lagi menampung kekuatannya lalu menyebabkan keruntuhan dibawah beratnya sendiri. blackhole-myfakta Gambaran Black Hole atau Lohong Hitam berdasarkan filem Interstellar (2014) arahan Christopher Nolan. bimasakti-myfakta Illutrasi gambaran Black Hole dihadapan galaksi Awan Magellan. Kelihatan galaksi bima sakti mengelingi Lohong Hitam dan bagaimana cahaya daripada sekeliling diserap masuk dan menyebabkan terjadi bentuk melengkung pada sekeliling black hole tersebut. Berlaku pembengkokan ruang masa di sekeliling black hole. black_hole_details Ilustrasi menunjukkan mengenai Event Horizon dan pusat tengah sesebuah lohong hitam atau dikenali sebagai Gravitational Singularity.

Lohong Hitam dan tanggapan mengenainya

Secara dasarnya, tidak ramai orang mengetahui mengenai kejadian Lohong Hitam ini kerana tidak dapat dilihat oleh mata kasar semasa kita memandang kearah angkasa pada waktu malam. Hal ini kerana lokasi Black Hole yang dijumpai hampir beberapa ribu tahun perjalanan cahaya dari bumi dan memang langsung tidak mengenakan sebarang kesan terhadap bumi ini. Untuk makluman anda, di pusat galaksi Bima Sakti atau Milky Way galaxy dimana terletaknya Sistem Suria yang menampung Bumi ini, terdapat satu Black Hole atau Lohong Hitam yang besar yang mempunyai kekuatan menarik semua jasad kearahnya. Namun, jarak antara bumi dan pusat Lohong Hitam tersebut hampir 27000 tahun perjalanan cahaya atau bersamaan 2,554,000,000,000,000 kilometer dari bumi! Sesetengah pihak beranggapan Black Hole merupakan suatu laluan pintas dalam alam semesta untuk membawa kita kearah galaksi lain. Hal itu bertentangan dengan concept sebenar Black Hole kerana apa yang terdapat di sebalik pada titik tengah sesebuah Black Hole ialah Singulariti atau sebuah pusat yang mempunyai jasad pada jisim abadi dan tidak lagi mempunyai lokasi yang sebenar. Jalan pintas sebenar ke arah galaksi lain itu sebenarnya merujuk kepada Lubang Ulat atau lebih dikenali sebagai Wormhole iaitu laluan pintas secara hipotetikal yang menghubungkan antara dua tempat atau titik lokasi dan sesuatu boleh bergerak dari satu titik ke titik lain tanpa menggunakan apa-apa tenaga. Gambaran lain ialah seperti Pintu Suka Hati yang dilihat dalam filem Doraemon. doraemon-myfakta Berdasarkan kajian secara menyeluruh oleh para saintis, tiada kaitan langsung dapat dikaitkan secara jelas antara hipotetikal Wormhole dan kejadian Black Hole kerana kedua perkaranya memerlukan pengembaraan secara jauh untuk melihat dengan sebenar dengan kejadian perkara tersebut.

Keagungan Allah dalam penciptaan Alam Semesta

Banyak ayat dalam al-quran yang menerangkan tentang kebesaran Allah SWT dalam penciptaan alam semesta ini. Black Hole atau Lohong Hitam merupakan suatu misteri tentang keagungan Allah SWT dalam penciptaannya. Pada masa kini, untuk manusia pergi dan melihat dengan lebih dekat akan kebesaran itu merupakan suatu perkara yang mustahil kerana jaraknya yang amat jauh dari bumi. Selain daripada itu, hayat manusia juga tidak berkemampuan untuk pergi sejauh itu untuk melihatnya sendiri.namun, melalui kemodenan teknologi manusia, kita sudah mampu untuk melihat sendiri dengan menggunakan telescope jika mahu dibandingkan dengan pengetahuan sebelum ini hanya melalui penghasilan teori oleh saintis seperti Albert Enstein dan Stephen Hawking. Melalui pengamatan ini, dapat dipastikan bahawa kita sebagai manusia ini hanyalah merupakan suatu jasad kecil pada alam semesta ini yang diciptakan Allah SWT dan mengapakan kita sebagai manusia mahu lagi bersikap angkuh, sombong dan meninggi diri? Marilah kita renung-renungkan dan fikirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *